Panduan Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Awam : PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 | Blog PanduanSPA.Com


>>"RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK PTD M41!"!! Klik Sini Sekarang<<

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Akauntan, Gred W27.

Peperiksaan ini melibatkan dua kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

*************************

Ujian ini mengadungi dua seksyen iaitu:

(i) Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

Masa: 40 minit

Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

Contoh Soalan Pengetahuan Mengenai Malaysia Dan Alam Sekeliling

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai

A. penubuhan ASEAN.

B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.

C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.

D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.

Jawapan: D

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. beragama Islam.

B. keturunan Melayu.

C. pernah menjadi Menteri Kabinet.

D. menjadi warganegara mengikut undang undang.
Jawapan: D

 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa: 45 minit

Bilangan Soalan: 40 Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Kemahiran Logik

1. Apakah nilai R yang paling sesuai?
6886 | 8866           6552 | 6255             R  | 3632               6110  | 6101
A. 6323                         C. 6322
B. 6233                      D. 6332

Jawapan: D

Teknik Menjawab
Nombor pertama = 6

2nd + 3rd = nombor yang sama

Nombor terakhir = baki nombor

 

2. Sebanyak 12 keping kad berlabel seperti berikut dimasukkan ke dalam sebuah beg. Jika sekeping kad dicabut keluar secara rawak, apakah kebarangkalian untuk mendapat kad bertanda A?

S A T U M A L A Y S I A
A. 5/12
B. 2/6
C. 1/4
D. 1/3

Jawapan: D
Jumlah semua kad = 12 keping

Jumlah kad bertanda A = 4 keping

Kebarangkalian kad bertanda A dicabut = 4/12

= 1/3

 

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

Contoh Soalan Menginterpretasi Data

1. Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.
Bilangan Pengunjung       Lelaki      Perempuan
Dewasa                                      52                   68
Kanak-Kanak                       104                  136
A. 1/3
B. 2/3
C. 1/4
D. 2/4

Jawapan: B
Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang

Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang

Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360

= 2/3

 

(iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

 

Contoh Soalan Konsep Matematik

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28

B. 49

C. 56 D.

62
Jawapan: A

Teknik menjawab:
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8×7) permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah
8×7 = 28 2

 

2. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?
A. 27

B. 30

C. 33

D. 36
Jawapan: A

Teknik menjawab

90% daripada 40 orang penuntut = 36 orang

3/4 daripada 36 orang penuntut = 27 orang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Responses to [Contoh Soalan] Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Awam : PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

  1. My Homepage says:

    … [Trackback]…

    [...] Read More: blog.panduanspa.com/2012/06/panduan-peperiksaan-memasuki-skim-perkhidmatan-awam-penolong-akauntan-gred-w27/ [...]…

  2. fiza says:

    Saya bakal menghadapi peperiksaan KPSL Pen. Akauntan Gred W27 yang dikendalikan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 20-21 November 2012.

    Soalan :
    1) Ada tak skima jawapan untuk peperiksaan ini?
    2) Contoh soalan dan jawapan untuk peperiksaan ini?

    Saya telah menduduk peperiksaan ini lebih dari 3 kali tetapi tak pernah lulus, mungkin skima jawapan/panduan menjawap peperiksaan ini tiada. Harap boleh membantu. Tqvm..

    • admin says:

      Salam sejahtera Fiza..Panduan ini sebenarnya telah ditutup jualannya oleh pihak Infokerjaya Resources.
      Walau bagaimanapun, pastinya soalan yang bakal dikemukakan kemungkinan besarnya adalah berkaitan dengan
      bidang bagi jawatan yang dipohon oleh Fiza. Di dalam panduan ini terdapat soalan yang hampir serupa
      dengan soalan peperiksaan sebenar. Cuma, kami dukacitanya ingin memberitahu jualan bagi panduan ini
      tidak dibuka.

  3. ABDUL ALEEM BIN ABDUL says:

    Saya mohon buku peperiksaan berkenaan pengesahan ke jawatan W27(Pen Akauntan).Saya lulus uitm DIA tahun 2001
    dinaikan pangkat ke w27 daripada gred w26 tahun 2010.Kursus induksi lulus,tahun 2010.Umur saya 52tahun kena ambil exam pengesahan setelah kerja 30tahun sebagai
    Penyimpan Kira-Kira/Kanan/Tertinggi sekarang dengan DIA belum disahkan jawatan akan turun pangkat semula kalu tak lulus exam ini.Mohon bantuan.Saya dah isi borang permohonan khas untuk PKA tetapi tiada jawapan.Saya dah tak tahu nak buat apa lagi.

    • admin says:

      Salam sejahtera Encik Abdul Aleem, buat masa ini tiada rujukan dari Infokerjaya Resources untuk peperiksaan ini. Harap maklum..

  4. noeahmahtul aida bt dahari says:

    saya bakal menduduki peperiksaan penolong juruadit w27..adakah terdapat contoh soalan untuk peperiksaan ini.

  5. izatul asyikin says:

    kalau i tempah skrg n bayar skrg,,,bila i boleh dapat dapat buku rujukan peperiksaan penolong akauntan w27 nie…c0z i nak masuk peperiksaan 4 julai 2013…

    • admin says:

      Salam sejahtera Izatul..
      Ya, masih sempat untuk mendapatkan panduan ini. Jualan akan ditutup selewat-lewatnya rabu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Set your Twitter account name in your settings to use the TwitterBar Section.