Peperiksaan Akauntan Gred W41 | Blog PanduanSPA.Com


>>"RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK PTD M41!"!! Klik Sini Sekarang<<

Salam sejahtera kami ucapkan kepada anda semua di sana. Terlebih dahulu kami ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat, di mana saja anda berada. Ini merupakan satu berita dari pihak SPA berhubung dengan jawatan Akauntan Gred W41 yang akan dijalankan pada 4 Ogos ini. Bukan senang nak terpilih untuk mengikuti peperiksaan ini! Anda sudah boleh membuat semakan di laman rasmi SPA:  Semakan Jadual Peperiksaan Akauntan Gred W41Sekiranya nama anda tersenarai, tahniah dan syabas kami ucapkan.

Secara umumnya, Peperiksaan Bertulis bagi jawatan Akauntan Gred W41 ini mempunyai empat seksyen iaitu seksyen A sehingga seksyen D.

Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Peperiksaan ini juga melibatkan empat (4) kertas yang berasingan.

Jika anda terpilih, anda perlu membawa:
1) surat panggilan menduduki peperiksaan.
2) IC anda.
3) pensil 2B, pen dan pemadam lembut.
4) Peralatan yang anda rasakan perlu

Anda juga perlu tahu bahawa kalkulator (mesin kira) adalah sama sekali tidak dibenarkan. Jangan risau, kami yakin soalan yang memerlukan pengiraan tidak akan melebihi sukatan yang diajar semasa peperiksaan SPM. Janganlah gemuruh sangat jawab soalan tu ya! :)

Berkenaan dengan Panduan Peperiksaan Akauntan W41 ini, kami sedang berusaha untuk mendapatkan tips dan panduan daripada laman web SPA. Dalam pada masa yang sama, kami juga sedang menunggu Team TipsPTD, iaitu satu syarikat yang memberi informasi kerjaya kepada semua samada mereka ada menerbitkan Panduan Peperiksaan Akauntan W41 ini ataupun tidak. Apa yang kami dimaklumkan akan terdapat sedikit perubahan pada format soalana untuk tahun ini. Apapun, kami harap anda akan selalu melawat blog ini untuk makluman kerjaya terkini mengenai peperiksaan Akauntan W41 pada 4 Ogos 2012 ini nanti.

Sekian dulu untuk masa ini, selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua yang beragama Islam, ikhlas dari kami di Team PanduanSPA. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Responses to PEPERIKSAAN BERTULIS AKAUNTAN GRED W41

  1. Tom says:

    Aku dengar susah juga peperiksaannya. Da ada tips yang baik tak untuk menghadapi exam nie?

    • admin says:

      Ya, bagi peperiksaan ini ianya berprofil tinggi. Jadi perlukan ulangkaji yang secukupnya.
      Buat masa ini ada panduan yang diterbitkan oleh Team Infokerjaya Resources, tetapi jualannya masih belum dibuka
      pada masa kami membalas pertanyaan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Set your Twitter account name in your settings to use the TwitterBar Section.