Perincian Soalan Peperiksaan SPA : AKAUNTAN W41 | Blog PanduanSPA.Com


>>"RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM GRED W41!"!! Klik Sini Sekarang<<

Salam sejahtera dan kami harapkan anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya bersama dengan keluarga  tersayang, mudah-mudahan.. Kami telah mengambil sedikit masa untuk menerbitkan artikel mengenai perincian serta contoh soalan sebagai rujukan dan tips Peperiksaan Bertulis Akauntan W41 yang mempunyai format yang hampir serupa pada 4 Ogos 2012 ini nanti.

Seperti mana yang anda telah sedia maklum semasa menerima panggilan menduduki peperiksaan Akauntan W41 ini, terdapat 4 bahagian soalan bertulis yang anda perlu jawab iaitu seksyen A, B, C dan D. Suka kami ingatkan bahawa perincian ini hanyalah sebagai rujukan sahaja daripada pihak SPA sendiri di laman webnya dan kemungkinan  jug soalannya telah diubah, Tiada siapa yang tahu soalan yang bakal diberikan. Tapi anda tak perlu terlalu tertekan dengan itu semua, anda hanya perlu melakukan persediaan baik dari segi pengetahuan dan juga dari segi motivasi, anda perlu bertenang dan berfikiran positif.

 

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 60
Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara
berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara-perkara yang
berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/infrakstruktur, pentadbiran dan
pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi,
pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri,
pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan
negara serta lain-lain perkembangan.
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap
perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

 

Contoh Soalan Pengetahuan Mengenai Malaysia Dan Alam Sekeliling

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai:
A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.
Jawapan: D

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang…
A. beragama Islam.
B. keturunan Melayu.
C. pernah menjadi Menteri Kabinet.
D. menjadi warganegara mengikut undang undang.
Jawapan: D

 >>DOWNLOAD EBOOK PANDUAN PEPERIKSAAN AKAUNTAN W41 SEKARANG! (KLIK SINI)<<

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang
dikemukakan menggunakan;
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang
ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat
tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalahmasalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Kemahiran Logik

 

1. Apakah nilai R yang paling sesuai?
6886|8866         6552 | 6255          R | 3632         6110  |  6101

A. 6323              C. 6322
B. 6233               D. 6332
Jawapan: D
Teknik menjawab
Nombor pertama = 6
2nd + 3rd                 = nombor yang sama
Nombor terakhir = baki nombor

 

2. Sebanyak 12 keping kad berlabel seperti berikut dimasukkan ke dalam
sebuah beg. Jika sekeping kad dicabut keluar secara rawak, apakah
kebarangkalian untuk mendapat kad bertanda A?
S A T U M A L A Y S I A
A. 5/12
B. 2/6
C. 1/4
D. 1/3
Jawapan: D
Teknik menjawab:
Jumlah semua kad = 12 keping
Jumlah kad bertanda A = 4 keping
Kebarangkalian kad bertanda A dicabut = 4/12
= 1/36
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan
perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya
digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

 

Contoh Soalan Menginterpretasi Data

1. Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema
pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih
secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang
kanak-kanak.
Bilangan Pengunjung                     Lelaki                         Perempuan
Dewasa                                                      52                                     68
Kanak-Kanak                                        104                                   136
A. 1/3
B. 2/3
C. 1/4
D. 2/4
Jawapan: B
Teknik Menjawab:
Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136
= 360 orang
Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136
= 240 orang
Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360
= 2/37
(iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri.
Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas
(SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua
calon.

Calon-calon siswazah jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini
kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses
penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di
peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Contoh Soalan Konsep Matematik

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan.
Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu
antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan
dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
Jawapan: A
Teknik menjawab:
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti
bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu
bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8×7)
permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain
hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah
permainan ialah
(8×7)/2 = 28

2. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka
telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah
bilangan penuntut yang lulus?
A. 27
B. 30
C. 33
D. 36
Jawapan: A
Teknik menjawab
90% daripada 40 orang penuntut = 36 orang
3/4 daripada 36 orang penuntut = 27 orang

 

SEKSYEN C – KEFAHAMAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Aspek yang diukur ialah:
i. Kemahiran memindahkan maklumat;
ii. Kefahaman; dan
iii. Kemahiran tatabahasa dan kosa-kata

 

Contoh Soalan

Esei 1
Budaya perpustakaan masih sesuatu yang asing. Sesetengah golongan seperti
pelajar hanya mengunjungi perpustakaan apabila ada tugasan atau untuk
bertemu rakan. Pelajar yang dianggap sebagai golongan terdidik dalam
masyarakat amnya mengehadkan bacaan kepada bidang pengkajian mereka
sahaja. Kebanyakan pelajar tidak membaca buku selain daripada buku teks.
Malangnya ramai pelajar hanya bergantung kepada nota kuliah. Akibatnya,9
pelajar kini tidak dapat menyuarakan idea bernas dan inovatif kepada sesuatu
permasalahan.
Permasalahannya sekarang pelajar yang menimba ilmu kebanyakannya adalah
mencapai matlamat kebendaan duniawi dari mendapat nilai dalam pendidikan itu
sendiri. Budaya materialistic iaitu lima C: Career, Car, Condominium, Country Club
& Card kini menjadi matlamat akhir pelajar. Ronald Dore menyebut perkara ini
sebagai Diploma Disease iaitu pelajaran yang tergesa-gesa untuk mendapatkan
sijil bukan kerana nilai dalaman pendidikan tetapi kerana nilai ekonomi dan
martabat sosial yang mungkin boleh diperolehi olehnya.
Sekarang ramai pelajar yang mengejar ilmu untuk mendapatkan ganjaran
duniawi. Kepentingan materialistik ini memang penting dalam kehidupan
sekarang tetapi ia hendaklah dipastikan tidak menjadi matlamat akhir pendidikan.
Julien Benda menyebut hal ini sebagai betrayal of the intelectuals. Menurut
Benda, mereka berkhianat kerana tanggungjawab moral mereka sebagai kaum
intelek kerana mereka lebih mementingkan nilai-nilai praktis itu sendiri dari nilainilai ilmu.

Ada juga pihak yang mempunyai minat memiliki buku dan
menyimpannya di rak tanpa memanfaatkannya. Hal ini akan melahirkan pelajar
lulusan sarjana yang tidak mempunyai nilai ilmu yang sebenarnya dan
mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai kaum intelektual. Kita perlu
memastikan sistem pendidikan yang sedia ada tidak akan melahirkan ilmuan
Frankenstein yang mengembangkan ilmunya yang menindas masyarakat.
Universiti tempatan sekarang lebih hangat bercakap tentang pengkorporatan dan
pembinaan kampus yang lebih besar daripada pembinaan intelektual pelajar.
Pembudayaan ilmu adalah satu usaha yang berterusan dan bukanlah berbentuk
isu semasa. Pihak universiti hendaklah dalam kalangan masyarakat kampus.
Oleh itu, untuk Malaysia mencapai cita-citanya menjadi sebuah negara yang maju
pembudayaan ilmu hendaklah dititikberatkan dan dilakukan secara menyeluruh
dalam setiap lapisan masyarakat. Pembudayaan ilmu hendaklah tidak menjadi
budaya yang elit dan tertumpu di menara gading sahaja. Ilmuan universiti perlu
ke sekolah-sekolah untuk menyemarakkan budaya ilmu. Kelab yang berasaskan
konsep pembudayaan ilmu perlu diwujudkan dan berada di bawah naungan
universiti.

1. Mesej yang cuba disampaikan oleh pengarang ialah
A. menuntut ilmu penting untuk golongan intelektual.
B. pembudayaan ilmu adalah suatu usaha yang berterusan.
C. pemisahan antara ilmu duniawi dengan ilmu islam.
D. budaya ilmu sebagai budaya elit.
Jawapan: B
2. Apabila pengarang menyatakan “kepentingan materialistik ini memang
penting dalam kehidupan sekarang tetapi ia hendaklah dipastikan tidak
menjadi matlamat akhir pendidikan” beliau bermaksud bahawa
A. materialistik adalah tujuan utama dalam sistem pendidikan masa kini.
B. kepentingan materialistik adalah bukan tujuan utama sistem
pendidikan negara.
C. perlu wujud keseimbangan dalam mengejar kehidupan di dunia.
D. sistem pendidikan perlu menekankan kesempurnaan dalam matlamat
akhirnya.

Jawapan: B
3. Menurut pengarang, proses pembudayaan ilmu di sesebuah negara yang
maju hendaklah dilakukan dengan
A. penglihatan semua golongan intelektual.
B. berperingkat-peringkat dan terancang.
C. pihak guru dan pelajar-pelajar sekolah.
D. menubuhkan kelab-kelab yang berasaskan ilmu.
Jawapan: C
ESEI 2
The evidence is clear. Wherever there is permanent ice – Greenland, Antarctica,
the Alps, the Himalayas – that ice is melting. Anybody who has been to high
mountains will have noticed this fact. Scientists agree that the cause for this
melting is very simple. The earth’s atmosphere is warming up.

The melting ice, in turn, is causing sea levels to rise as the extra water from the
melting ice pours into the oceans. Already sea levels have risen about 8 inches
(20 cm) in recent years and scientists believe they could rise at least another 20 11
inches (50 cm) by the year 2100. This could put many heavily populated coastal
areas at risk. Coastal Florida, the Nile Delta, Bangladesh and many other areas
would end up under water.
Along with rising air temperatures, the ocean temperatures are also rising. This
has brought changes in weather patterns, with more frequent and more severe
storms. Risings ocean temperatures are also one of the factors in the death of
coral reefs in the southern oceans. These reefs are the natural homes to 65 per
cent of the world’s fish.

The warmer air temperatures are also causing changes in the world’s climate
zones. In Europe, the southern countries along the Mediterranean are already
becoming drier ad more desert-like. However, countries in Northern Europe,
such as Germany and England, have experienced terrible floods from too much
rain. Worldwide, agriculture will soon be negatively affected in many places. Life
will become more difficult in the poorer countries of Asia and Africa, which
already suffer from poor soil and lack of water. Millions of people could be forced
to leave their homes and countries in search of food and a better life.
Why are temperatures rising? Scientists no longer have any doubts about the
cause. The burning of fossil fuels like coal and petroleum releases carbon dioxide
(CO2) into the atmosphere. CO2 has always been a part of the atmosphere.
However, over the past 150 years, the amount of CO2 released into the
atmosphere has increased enormously. At the same time, the forests that once
absorbed CO2 are being cut down. The result is a thick blanket of CO2 that covers
the earth, making it warmer.

There is only one way to slow down this warming of the earth and that is by
reducing the amount of CO2 released into the atmosphere. This can be done by
replacing fossils fuels with new energy sources – such as wind power, solar
power, or hydrogen fuel cell – that do not release CO2 or other polluting
chemicals.
4. The ice in Antarctica is melting because
A. sea levels are rising.
B. the temperature of the atmosphere is warmer.
C. there is a slight decrease in the temperature.
D. more people are travelling to Antarctica.
Jawapan: B
5. The rising temperature of the ocean is
A. helping many forms of marine life.
B. bringing better weather to tourist resorts.
C. preventing storms from forming.
D. killing many kinds of marine life.
Jawapan: D

 

6. We can infer from this passage that climate change will result in
A. more people moving from developing countries to industrialized
countries.
B. poorer countries will be modernized in the future.
C. fewer people moving from developing countries to industrialized
countries.
D. more people becoming farmers in the developing countries.
Jawapan: C

 

SEKSYEN D – ESEI BAHASA MELAYU
Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.
Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan
tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Cara-cara untuk menyelesaikan masalah
kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur.”
Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan
jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya
kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan bahasa Melayu.

 

SEKSYEN E – ESEI BAHASA INGGERIS
Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.
Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang memerlukan pandangan
tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.”
Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan
jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya
kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

 

Panduan Menjawab Soalan

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan
ini.
Soalan Objektif
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A, B dan C)
(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki Peperiksaan ini
adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan
juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat
beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu
tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Walau
bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan
dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh
dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus
menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan
kembali kepada soalan tersebut.

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan dan 4 opsyen jawapan
dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki
bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Calon hendaklah
membaca dan mengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan kerana yang
diperlukan adalah jawapan yang paling tepat

(c) Bagi tujuan merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan
diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan
pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak
diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu
membuat perkiraan, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang
dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan sahaja.

 

Soalan Esei
(Soalan-soalan dalam Seksyen D dan E)
(a) Soalan-soalan esei terdapat di dalam dua seksyen iaitu Seksyen D (esei
Bahasa Melayu) dan Seksyen E (esei Bahasa Inggeris). Bagi setiap seksyen
calon perlu memilih sebuah tajuk dari tiga yang dikemukakan.

(b) Masa 1 jam bagi menjawab setiap esei. Tujuan calon diberi masa panjang
adalah untuk menggalakkan penulisan esei yang bernas, teratur, teknik
persembahan serta susunan perkataan yang terbaik. Tulisan perlu kemas
dan calon digalakkan menyusun perenggan menggunakan tajuk-tajuk kecil
(jika perlu) dan mengemukakan hujah-hujah dengan teratur dan mengikut
logik. Oleh yang demikian calon dinasihatkan untuk menggunakan
sekurang-kurangnya 10 minit untuk merancang, membuat rangka
jawapan dan sebagainya sebelum esei ditulis.

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Jika hal ini terjadi, ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan yang dilaksanakan adalah lebih baik.

  >>DOWNLOAD EBOOK PANDUAN PEPERIKSAAN AKAUNTAN W41 SEKARANG! (KLIK SINI)<<

Salam kejayaan kami di Team PanduanSPA. Jangan lupa juga untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Bertulis Akauntan W41 khas untuk persediaan lengkap anda dalam menduduki peperiksaan beberapa hari lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Set your Twitter account name in your settings to use the TwitterBar Section.