Tips dan Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 | Blog PanduanSPA.Com


>>"RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK PTD M41!"!! Klik Sini Sekarang<<

Salam sejahtera kepada semua pembaca Blog Panduan SPA. Kami harapkan anda bersemangat dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Kami ada janjikan di dalam Fanpage kami untuk memberikan sedikit panduan dan tips seperti contoh soalan SPA bagi Peperiksaan Bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29. Untuk pengetahuan anda, pihak Infokerjaya Resources tidak mengeluarkan panduan bagi exam SPA F29 pada kali ini. Ini kerana mereka sedang sibuk menyediakan material untuk peperiksaan yang bakal dilangsungkan pada bulan Oktober dan November ini. Mungkin pada masa akan datang panduan untuk peperiksaan ini akan diterbitkan. Sila ikuti perkembangannya di blog ini dan jangan lupa untuk LIKE Fanpage Panduan SPA untuk mendapatkan info terbaru daripada kami.

Kemaskini Terkini 1 Mac 2014: Tim Infokerjaya telah mengeluarkan Panduan Peperiksaan Bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29, sila terus ke laman web ini:

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD PANDUAN PEPERIKSAAN BERTULIS PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

Walau bagaimanapun, kami telah sedaya upaya untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan Peperiksaan Bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 ini. Seperti mana yang telah anda sedia maklum, peperiksaan bertulis Gred F29 itu nanti dibahagikan kepada 2 Seksyen iatu  A dan B. Seksyen A mengandungi 50 soalan dan anda diberikan masa selama 40 minit, bermaksud anda hanya mempunyai 1.25 minit untuk menjawab setiap satu soalan. Seksyen A lebih kepada Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan juga Alam Sekeliling (Isu Semasa). Kami menjangkakan soalan Seksyen A yang diberikan adalah berkisar kepada bidang IT dan ICT (termasuklah inovasi dan teknologi) dan juga isu semasa samada di dalam mahupun luar negara yang tengah hangat diperkatakan.

Bidang ICT mencakupi banyak perkara, samada kesan IT dalam pembangunan, pendidikan, perniagaan, ekonomi, perubatan dan banyak lagi. Anda juga perlu ketahui media sosial mana yang paling popular pada masa sekarang ini. Anda perlu tahu beberapa seperti Facebook, Twitter, Tumblr, TweetDeck. Mungkin berguna juga sekiranya anda tahu media sosial yang digunakan oleh Perdana Menteri kita untuk berinteraksi dengan rakyat terutamanya golongan belia. Tahukan anda Perdana Menteri Malaysia juga mempunyai medium penyampaian utamanya untuk meluahkan pendapatnya? Ya, beliau mempunyai sebuah blog atas nama 1 Malaysia iaitu 1Malaysia.Com.My. Blog Perdana Menteri Dato Seri Najib ini mempunyai kemudahan 4 bahasa di mana anda boleh membaca blog beliau samada dalam bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan India.

Nota Rujukan yang kami sarankan: Buku Malaysia Kita

Seksyen B pula dibahagikan kepada 3 bahagian dan anda diberikan masa selama 45 minit untuk menjawab 40 soalan:

1. Kemahiran Menggunakan Logik

2. Kemahiran Menginterpretasikan Data

3. Konsep-Konsep Matematik

Nota: Anda tidak dibenarkan membawa kalkulator. Jangan risau, sukatan peperiksaan untuk soalan matematik tidak akan melangkaui sujatan pelajaran SPM dalam subjek Matematik Moden/Biasa sahaja (Bukannya Matetmatik Tambahan).  Jadi, sekiranya masih ada masa anda boleh membuat latih tubi untuk soalan Matematik Moden/Biasa.

Nota Tambahan: Kami juga sangat-sangat menyarankan anda agar bermain dengan permainan minda untuk menguatkan kemahiran berfikir secara logik dan pantas. Ini akan dapat melatih anda untuk cepat membuat penaakulan. Kami sarankan permainan minda secara online sekiranya anda masih ada masa. Kami sarankan laman web www.MindGames.com. Anda boleh memilih samada untuk bermain Brain Games, Math Games, Memory Games dan juga Puzzle Games. Ini 4 permainan yang kami sarankan di sana.

 

Bahagian Khas: Penaksiran Personaliti

Pada bahagian ini, anda akan diberikan masa selama 1jam untuk menjawab 185 soalan. Ini bermakna anda mempunyai lebih kurang 0.3 saat untuk menjawab setiap soalan. Soalan berdasarkan personaliti memerlukan anda jujur terhadap diri sendiri. Soalan-soalan yang diberikan mampu mengetahui samada anda menjawab dengan jujur atau tidak. Ada sesetengah keadaan anda perlu memberikan jawapan yang mungkin tidak memuaskan hati anda, tetapi kelihatan logik. Jangan risau sekiranya terdapat soalan sama yang diulang ataupun diputar belitkan menjadi soalan yang lain, tetapi sama maksudnya. Perhatikan susunan jawapannya, dan

Pada pendapat kami, Panduan Peperiksaan Bertulis Pegawai Teknologi Maklumat F29  yang disediakan oleh pihak SPA sudah cukup untuk anda mendapat gambaran bagaimana soalan yang akan diberikan kelak.

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD PANDUAN PEPERIKSAAN BERTULIS PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

Sekian saja yang dapat kami bantu dari segi persiapan anda. Semoga anda dapat menjawab soalan dengan baik pada 29 September 2012 nanti. Jangan lupa kongsikan pengalaman anda menghadapi Peperiksaan tersebut. Kami harap maklumat ini sedikit sebanyak membantu anda dalam menghadapi peperiksaan. Kami doakan anda tenang dan yakin menghadapi peperiksaan tersebut. Semoga berjaya dan kami yakin anda boleh lakukan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Set your Twitter account name in your settings to use the TwitterBar Section.