Panduan Ujian MTeST- MEdSI DPLI | Blog PanduanSPA.Com


>>"RUJUKAN PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM GRED W41!"!! Klik Sini Sekarang<<

Salam sejahtera kami ucapkan kepada semua pembaca blog PanduanSPA.Com. Kami harapkan agar anda sentiasa sihat walafiat di samping keluarga dan kawan-kawan anda. Kerjaya perguruan merupakan satu profesion yang sangat mendapat permintaan yang tinggi di dalam negara kita Malaysia disebabkan kerajaan inginkan rakyatnya memperolehi pendidikan yang tinggi sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5.

Bagi anda yang telah mendaftar untuk mengikuti Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Tahun 2013 sudah boleh menyemaknya di laman web ini: Semakan panggilan Ujian MTeST 2013 DPLI-SR J-QAF

Mungkin ada di antara anda yang sudahpun mendapatkan Panduan Peperiksaan MEdSI dan telah mendapat manfaat daripadanya. Bagi mereka yang berjaya dipanggil untuk menduduki Ujian MTeST, tahniah kami ucapkan. Tetapi kami harus mengingatkan bahawa anda perlulah peka kepada makluman berikut:

1.  Calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan asas untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.  Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah untuk maklumat lanjut).

3.  Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian. MTEST terdiri daripada 5 Kertas Ujian iaitu Ujian kefahaman Bahasa Melayu (Verbal), Ujian kefahaman Bahasa Inggeris, Ujian Kemahiran Matematik (Kuantitatif), Ujian Kecerdasan (Analitikal) dan INSAK (Sahsiah).

4.  Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.

5.  Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

6.  Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.

7.  Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

8.  Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

PENDAFTARAN

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

 

IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

P.s : Anda sudah boleh mencari bahan rujukan untuk Uji

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments are closed.

Set your Twitter account name in your settings to use the TwitterBar Section.