Latihan Separa Perubatan U29: Apa Anda Perlu Tahu? | Blog PanduanSPA.Com

>>"RUJUKAN TEMUDUGA PEGAWAI KERAJAAN!"!! Klik Sini Sekarang<<

Latihan Separa Perubatan merupakan program yang ditawarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada lulusan SPM yang berusia 17 hingga 25 tahun. Terdapat 13 latihan bagi program Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil.

Tempoh masa bagi program ini adalah selama 3 tahun bagi peringkat diploma dan 2 tahun bagi peringkat sijil. Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan menerima elaun bulanan serta beberapa kemudahan lain. Selepas tamat tempoh latihan, pelatih akan menjalani seisi ujian bagi kemasukan ke sektor awam di Kementerian Kesihatan Malaysia.

>>Download Rujukan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan U29 Klik Sini<<

Pengambilan calon untuk Latihan Separa Perubatan dilakukan 2 kali sepanjang tahun iaitu seisi Januari dan Julai. Warganegara Malaysia yang berminat menyertai latihan ini boleh mengisi permohonan di portal SPA secara online. Berikut adalah program latihan yang ditawarkan :

Latihan Jururawat
Latihan Jurupulih Perubatan Anggota
Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
Latihan Jururawat Pergigian
Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Latihan Juruteknologi Pergigian
Latihan Juru X-Ray
Latihan Penolong Pegawai Farmasi
Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Latihan Jururawat Masyarakat
Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Calon yang memenuhi syarat kelayakan akan dipanggil untuk menjalani seisi peperiksaan khas dan temuduga bagi pemilihan calon yang benar-benar berkelayakan untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan. Calon yang layak akan dipanggil melapor diri dan menjalani latihan di kolej kejururawatan di seluruh Malaysia.

Selepas tamat tempoh latihan, pelatih akan menjalani seisi ujian sebelum diserap sebagai penjawat awam di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan bakal berkhidmat di hospital kerajaan atau klinik-klinik kerajaan. Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat dengan kerajaan bagi tempoh 4 tahun.

Calon juga berpeluang mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Kejururawatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Setelah 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan calon boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan ke peringkat ijazah di universiti tempatan. Seterusnya bidang ini boleh meningkat ke gred yang lebih tinggi.

>>Download Rujukan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan U29 Klik Sini<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Set your Twitter account name in your settings to use the TwitterBar Section.